Selamat Datang ke Blog Surau Nurul Ehsan, Taman Bandar Baru... Terima kasih atas kunjungan anda...

Saturday, 12 November 2011

Hadis : Larangan Menarik Balik Sedekah

Dari Abdullah bin Umar r.a katanya:”Bahawasanya Umar bin al-Khattab telah bersedekah kuda fi sabilillah . Kemudian didapatinya kuda itu dijual orang dan dia bermaksud hendak membelinya. Namun sebelum itu dia pergi menemui nabi meminta nasihat baginda. Nabi bersabda kepadanya:” Janganlah engkau ambil kembali sedekahmu.”


(al-Bukhari)

Huraian
Orang yang paling hebat dan paling kuat adalah orang yang bersedekah tetapi tetap mampu menguasai dirinya, sehingga sedekah yang dilakukannya bersih, tulus, dan ikhlas tanpa adanya unsur-unsur untuk menunjuk-nunjuk ataupun keinginan untuk diketahui oleh orang lain. Ini disebabkan naluri manusia sebenarnya selalu rindukan pujian, penghormatan, penghargaan, ucapan terima kasih dan sebagainya. Bahkan di hati kita pun selalu terdetik untuk mempamerkan segala apa yang ada pada diri kita ataupun segala apa yang boleh kita lakukan. Apalagi jika yang ada pada diri kita atau yang sedang kita lakukan itu berupa kebaikan. Manakala menarik balik sedekah pula adalah satu perbuatan yang disifatkan oleh rasulullah s.a.w di dalam sebuah hadith sebagai memakan semula sesuatu yang telah dimuntahkan oleh seseorang. Ini menunjukkan bahawa ia adalah perbuatan yang buruk dan amat memalukan Sesungguhnya sedekah adalah penolak bala, penyubur pahala, dan melipatganda rezeki seseorang; sebutir benih menumbuhkan tujuh tangkai, yang pada tiap-tiap tangkai itu terjurai seratus biji. Ertinya, Allah yang Maha Kaya semestinya akan membalas setiap sedekah itu hingga tujuh ratus kali ganda.

Hadis : Kebersihan Dan Kesucian Dalam Islam

Dari Aisyah r.ahn, katanya: Rasul s.a.w bersabda: “ sepuluh perkara dari (peraturan-peraturan kebersihan) yang dituntut oleh agama, iaitu: menggunting misai, membiarkan janggut(tumbuh panjang serta mengemaskannya), bersugi(membersihkan gigi), menyedut air-membersihkan hidung, memotong kuku, membasuh buku-buku jari, mencabut bulu ketiak, mencukur bulu ari-ari, dan beristinjak”. Kata Mas`ab (salah seorang rawi hadis ini): “dan aku lupa akan perkara yang kesepuluh, aku fikir perkara itu) tidak lain dari berkumur-kumur..”
Riwayat Muslim
 

Huraian
1.   Perkara-perkara tersebut ada yang wajib hukumnya dan ada yang sunat
2.   Perkara yang wajib ialah beristinjak, dan yang lain ialah sunat
3.   Apa yang penting, menjaga kebersihan adalah dituntut oleh syarak kerana ia   
      sebahagian daripada iman.

Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Friday, 11 November 2011

Aktiviti Korban pd Hari Raya AidilAdha pertama - 6/11/2011

 Pada 6/11/2011, Hari Raya Aidiladha pertama; Surau Nurul Ehsan telah menjalankan aktiviti korban dan akikah. Sebanyak 8 ekor lembu telah dikorbankan pada hari tersebut secara bergotong royong. Aktiviti ini dimulakan sebaik sahaja selesai Solat Sunat AidilAdha dan berakhir dengan jamuan makan pada jam 12.45pm.















Kelihatan Tuan Imam (Surau Nurul Ehsan) turut sama-sama membantu dalam aktivti korban tersebut

Tulang-tulang yg besar dipotong menggunakan gergaji mesin bagi mempercepatkan lagi kerja2 memproses lembu yang dibuat korban




Tuan Imam (duduk di tangga) sedang memberi maklumat kepada semua yang hadir di Surau Nurul Ehsan

Antara menu yang ada pada majlis jamuan sempena Hari Raya AidilAdha di Surau Nurul Ehsan